iSentric, rakan perniagaan yang dipercayai bagi perdagangan digital

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih


Penyelesaian pendigitalan yang merealisasikan idea anda.
Mobile Apps Solutions

Penghantaran makanan, transaksi dalam talian, media sosial, permainan... apa-apa sahaja yang anda mahu!

Aplikasi mudah alih telah suatu yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kesan mendalam inovasi ini bersama-sama teknologi lanjutan boleh disaksikan dalam hampir setiap aspek hiburan, penjagaan kesihatan, pembelajaran, pekerjaan dan e-dagang.

Pasaran aplikasi mudah alih di seluruh dunia diunjurkan bakal mencapai RM1.69 trilion (kira-kira $407.31 bilion) menjelang tahun 2026, berkembang pada kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) sebanyak 18.4% dari tahun 2019 hingga 2026, yang menawarkan pelbagai peluang yang belum diterokai dan menguntungkan, untuk dicungkil oleh perniagaan pada tahun-tahun yang akan datang.

Merancang untuk membina aplikasi mudah alih tersuai yang disukai oleh pengguna atau mencipta kehadiran dalam talian yang sentiasa anda idamkan? Anda tidak perlu mencari lagi kerana iSentric mempunyai semua penyelesaian pintar yang sesuai dengan kreativiti anda!

Perkhidmatan pembangunan aplikasi mudah alih kitaran penuh kami merangkumi platform berlainan yang menggunakan teknologi terkini yang unggul dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan dan kestabilan. Dari iOS, Android hinggalah aplikasi mudah alih yang merentasi pelbagai platform, kami akan membantu anda mereka bentuk dan membangunkan aplikasi impian anda dari mula.


Mujurlah ada pasukan pakar profesional kami kerana perjalanan anda ke gedung aplikasi akan menjadi lancar dan mudah. Sokongan penuh juga akan disediakan untuk semua pengurusan dan penyelenggaraan aplikasi mudah alih anda, termasuk:
  1. Analisis perniagaan yang terperinci.
  2. Rangka kerja dan alat yang berkualiti tinggi.
  3. Integrasi aplikasi mudah alih ke infrastruktur anda.
  4. Pengoptimuman yang akan menjadikan aplikasi mudah alih anda berfungsi dengan sempurna.
  5. Penghalusan strategi yang selari dengan matlamat anda
  6. Sokongan selepas pelancaran.
  7. Pilihan pengskalaan atas permintaan.

Bekerjasamalah dengan kami untuk menghasilkan impak besar dalam dunia aplikasi mudah alih. Realisasikan idea anda hari ini dan bersedialah untuk merintis perjalanan digital yang berjaya! Hubungi kami sekarang untuk membuka potensi e-dagang anda.

Bercakap Dengan Pasukan Kami Sekarang

Sila hubungi kami sekarang untuk mengetahui lebih banyak peluang perniagaan dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Hubungi Kami